Luna Maya Ala JLO, Dato' AC Mizal Ibarat Pitbull Dalam Paranoid!

    Author: Luna_Lovers Genre: »
    Rating

    luna maya ala jlo dato ac mizal ibarat pitbull dalam paranoid
    KUALA LUMPUR, 17 SEPT 2014: Rasanya sudah ramai yang tidak sabar menanti kehadiran single terbaru daripada pengacara yang tengah laku macam goreng pisang panas iaitu Dato' AC Mizal.
    Lebih-lebih lagi apabila dia kini berada di bawah naungan Sony Music Malaysia dan dalam waktu yang sama pula kemunculan single terbarunya bersama syarikat rakaman gergasi itu turut menggandingkan seorang jelitawan dari Indonesia iaitu Luna Maya.
    Dalam pertemuan bersama pihak Sony Music Malaysia yang diaturkan oleh JoePRC International baru-baru ini, wakil Portal Murai telah diberi kesempatan untuk menyaksikan muzik video single terbaru AC Mizal yang berjudul Paranoid itu.
    Wow! Terkedu rasanya menyaksikan aksi, gaya dan penampilan AC Mizal dalam muzik video tersebut. Ac Mizal kelihatan seperti Pittbull dan Luna Maya persis Jennifer Lopez (JLO). Pun begitu, pergerakannya tidaklah selincah JLO.
    Apa yang lebih menarik, muzik video tersebut telah dihasilkan di Jakarta dan kualiti pembikinannya ternyata langsung tidak mengecewakan.
    Begitu juga dengan lagu Paranoid itu sendiri. Komposisi muziknya sangat bagus, sangat berkualiti dan sangat menepati citarasa muzik masa kini. Lebih-lebih lagi bila ia menampilkan genre dance music yang sesuai untuk diputarkan di kelab-kelab hiburan.
    Sekurang-kurangnya, lagu-lagu club hits tempatan masih wujud biarpun Mizz Nina sudah pun berhijrah dan menjadi seorang muslimah.
    So, apa pendapat u tentang music video Dato' AC Mizal ini," soal pihak Sony kepada penulis.
    "Well...what to say. MTV ini sangat vazz dan lagunya pun sangat meletop," kata penulis.
    Apapun, itu adalah pendapat daripada murai.com.my, yang penting anda harus nilaikan sendiri. Untuk menilainya anda harus tunggu MTV ini dilancaran di Youtube Vevo pada Jumaat ini.
    Bagaimanapun, pelancaran single baru dan MTV, Paranoid Dato' Ac Mizal dengan Luna Maya ini akan diadakan pada petang ini di sebuah kelab di ibu kota.
    Logo Murai

    Share ke twitter ^^

    TwitThis