Review : Lakonan Fazura Ditenggelamkan Luna Maya. Kudos Filem Tembus!

    Author: Luna_Lovers Genre: »
    Rating

     Review : Lakonan Fazura Ditenggelamkan Luna Maya. Kudos Filem Tembus!

    Disebalik kesempurnaan, pasti ada ruang yang mampu tembus dan mengarah kepada kehancuran. Memiliki segalanya bukanlah janji kepada kehidupan yang bahagia.

    Beberapa minggu lalu, OHBULAN! mendapat jemputan untuk ke preview filem Tembus arahan pengarah tersohor, Ahmad Idham. Pada mulanya, kami ingat filem ini biasa-biasa saja, tetapi ternyata jangkaan kami meleset.


    Filem ini lain dari filem yang ada di negara kita, ia mengetengahkan pelbagai konflik mengenai kehidupan  sepasang suami isteri bekerjaya yang berubah apabila anak tunggal mereka hilang.

    \Filem bergenre psiko-thriller mungkin agak asing bagi peminat industri perfileman tanah air, tetapi kami pasti anda akan suka dengan filem terbaru tertbitan Excellent Pictures ini.

    Membariskan pelakon-pelakon popular seperti Aaron Aziz, Khir Rahman, Luna Maya, Fazura, dan Mia Sara Nasuha, filem ini menumpukan mengenai konflik yang dilanda oleh golongan usia pertengahan.

    Tolak tepi lakonan Aaron Aziz dan Fazura, dalam filem ini, Luna Maya wajar diberikan perhatian kerana lakonannya yang mantap! Memang meremang bulu roma kami ketika menontonnya.

    Emosi dan penghayatan yang diberikan sememangnya tip top. Malah kami pelik mengapa lakonan Maya dilihat lebih berkesan berbanding pelakon lain.

    Susun atur sinematografi yang digunakan juga menarik dan tidak melampau. Ia amat bersesuaian dengan olahan dan jalan cerita.

    Pendek kata, semuanya perfect! Mengenai jalan ceritanya pula, ia mengisahkan mengenai jejaka bernama Hari (Aaron Aziz), yang memegang tanggungjawab besar dalam mengotakan janjinya untuk melihat rumah tangganya dilimpahi kemewahan.

    Oleh itu dia mengizinkan isterinya, Izza (lakonan Fazura) menguruskan syarikat sedangkan dia menjalankan tanggungjawab menjaga anaknya, Zara (lakonan Mia Sara).

    Pada mata masyarakat, Hari dan Izza adalah pasangan ideal yang sukses dalam rumah tangga dan kerjaya. Namun detik cemas bermula apabila Zara diculik dan penculikan misteri itu yang membongkar segala konflik dalaman yang selama ini dipendam baik Hari, Izza dan individu sekeliling mereka.

    Disinilah terungkainya misteri penculikan anak mereka dan anda pasti tidak menyangka apa yang terjadi pada mereka sekeluarga. Pendek kata, filem ini padat dengan tanda tanya.

    Namun, akhirnya misteri tersebut terungkai juga. Siapa yang bersalah agaknya ya? Jom sama-sama kita saksikan filem ini dipawagam pada 28 Julai 2014 nanti. Okay?

    logo
    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    waah.. k faz harus bljr berenang nih biar ga tenggelam 

    tapi kl ngliat trailernya sih keknya k Luns memank "menguasai" TEMBUS yaa.. 

    trlihat sbg tokoh sentral dibanding pendamping *ngingetin sm sinet DEWI yg tokoh pendampingnya trlihat sbg sentral & tokoh utamanya yg malah invisible, tenggelam *

    whatever, review TEMBUS ini lumayan ngegeser pikiran abis nonton trailernya  *imo, trailernya kliatan standar terutama pas fazura ngomong: "jadi manusia yg penuh dgn alasan!!" agak errr... bikin mikir: keknya ga recommended bwt ditaro di list wajib tonton.

    eniwei ini film ke-3 k Luns stlh RUANG n KILLERS yg endingnya meninggal 

    Share ke twitter ^^

    TwitThis